fbpx

Zii Jia tiada masalah atasi Sun Feixiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMPIAN Zii Jia untuk menawan Indonesia Masters lebur selepas tersingkir kepada Ginting sebentar tadi.

MANILA – Jaguh perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina.

Zii Jia yang turun selaku pemain pilihan ketiga tampil cemerlang apabila bangkit menumpaskan pemain China, Sun Fei Xiang, 19-21, 21-14, 21-14 dalam tempoh 59 minit,

Hasil kemenangan tersebut, Zii Jia akan berdepan wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito esok selepas berjaya menumpaskan pemain Taiwan, Lin Chun Yi 21-14, 20-22, 19-21.

Seorang lagi jaguh negara, Liew Daren turut menampilkan aksi cukup baik selepas bangkit menumpaskan perseorangan No.1 Korea, Heo Kwang-hee.

Pemain berumur 34 tahun dilihat bergelut pada set pertama permainan namun bangkit mencari titik kemenangan 8-21, 21-10, 21-15.

Hasil kemenangan tersebut, Daren dijadual bertemu pilihan keempat dari Indonesia, Jonatan Christie, esok.

“Saya agak bergelut dalam aksi set pertama. Angin di sebelah gelanggang saya terlalu kuat, titik kebangkitan saya bukan di set kedua tapi selepas 11 mata di set penentuan.

“Apa pun, esok adalah aksi getir buat saya apabila berdepan Jonatan Christie (Indonesia). Dia beraksi dengan baik sejak akhir-akhir ini,” kata Daren.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi Ng Tze Yong apabila tumbang di tangan pemain pilihan ketujuh dari India, Kidambi Srikanth dengan keputusan 20-22, 15-21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI