fbpx

Wanita derita dua tahun tidur duduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan Theanmoli yang terpaksa menggunakan mesin oksigen sepanjang masa di rumahnya di Kampung Ampar Tenang, Dengkil.

SEPANG – Seorang wanita berdepan ujian berganda apabila bukan sahaja tidak boleh bekerja kerana masalah obesiti dan asma, malah terpaksa mengharap ihsan rakan untuk me­nyara dua anaknya yang masih bersekolah.

R. Theanmoli, 40, hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan kerana tidak dapat mencari rezeki di­sebabkan penyakit dialaminya.

Bekas pekerja pembersihan di Putrajaya itu memberitahu, dia tidak bekerja kira-kira dua tahun lalu dan perlu menggunakan mesin oksigen sepanjang masa.

“Saya terpaksa berhenti ke­rana masalah kesihatan. Oksigen saya tidak normal antara 69 hingga 89 jadi, perlu bergantung kepada penggunaan mesin gas itu sepanjang masa.

“Akibat masalah obesiti ini, saya mengalami bengkak saluran darah selain darah tinggi. Saya tak boleh tidur baring dan hanya duduk sahaja serta perlu menggunakan mesin bagi mengelakkan sesak nafas,” katanya ketika ditemui di Kampung Ampar Tenang, Dengkil di sini baru-baru ini.

Menurut Theanmoli, anak lelakinya yang berusia tujuh tahun tinggal bersama seorang lagi rakan kerana mudah untuk ke sekolah dan akan pulang seminggu sekali, manakala seorang lagi zuriatnya berumur lima tahun menetap bersamanya.

Tambahnya, rakan baik­nya banyak membantu dengan mengambil dan menghantar anaknya ke sekolah kerana dia tidak mampu bergerak dan tiada wang membayar tambang bas.

“Saya juga sering menukar tarikh janji temu di Hospital Putrajaya kerana tiada wang mahu membayar tambang Grab, sekarang pun sudah empat bulan tak bayar sewa rumah,” rintihnya.

Ujar Theanmoli, dia jadi segan dengan rakannya yang selalu membantunya termasuk menyediakan makanan untuknya tiga beranak.

Mereka yang ingin membantu meringankan perbelanjaan boleh berbuat demikian menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) 1015741000035990 atas nama R. Theanmoli atau hubungi Maneesha di nombor 011-2629 5328.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI