fbpx

The Yellow Submarine mahu terus ‘lemaskan’ gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILLARREAL dianggap pasukan bukan pilihan ke separuh akhir saingan kali ini, namun mereka memiliki reputasi menyingkirkan pasukan berstatus gergasi. – AFP

LIVERPOOL – Tonggak te­ngah Villarreal, Francis Coquelin meng­akui Liverpool layak dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pentas final menjelang pertemuan separuh akhir pertama saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield awal pagi esok.

Kata Coquelin, The Reds yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp itu cukup berbisa dan rakan-rakan sepasukan perlu memberikan tumpuan penuh di atas padang untuk elak daripada di­belasah dalam usaha membawa pulang bekalan berharga.

“Liverpool adalah pasukan terbaik kerana boleh memberikan tekanan buat mana-mana pasukan seawal minit pertama ditiupkan. Secara jujur, kami semua tidak dapat melihat kelemahan pasukan itu khususnya pada musim ini.

“Ini kerana mereka cukup sempurna di setiap posisi dengan memiliki tiga pertahanan berkelas dunia, Ibrahima Konate, Joel Matip dan Virgil Van Dijk. Kemudian di posisi serangan mereka ada Mohamed Salah dan Sadio Mane dengan kehadiran Luis Diaz menambah bisa pasukan itu.

“Bagaimanapun, kami telah buktikan bahawa tiada apa yang mustahil pada dua pusingan terdahulu apabila berjaya menewaskan Bayern Munich dan Juventus. Cuma, kita semua tahu bagaimana aura Anfield dan semua pemain perlu berwaspada,” katanya.

Pandangan yang sama disua­rakan oleh rakan segandingan di jentera tengah, Etienne Capoue yang menganggap suasana di Anfield seperti ‘neraka’ buat pemain lawan sehingga menaikkan semangat pasukan tuan rumah untuk mencipta sebanyak jari­ngan yang boleh.

“Anfield adalah stadium pa­ling berpengaruh di England dan pengalaman yang saya lalui ketika bersama Watford dan Tottenham Hotspur sebelum ini cukup mengerikan. Namun, saya harap ia tidak akan berlaku dan kami dapat keputusan positif di sana nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI