fbpx

Tak dapat balik raya kerana kereta penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang budak lelaki duduk sendirian di luar rumah apabila ditinggalkan keluarga yang pulang ke kampung.

PETALING JAYA – Seorang budak lelaki dilihat duduk sendirian di luar rumah sambil mengenang nasibnya apabila ditinggalkan keluarga yang pulang ke kampung.

Menerusi perkongsian video oleh jirannya di media sosial, dia memaklumkan budak lelaki tersebut terpaksa ditinggalkan disebabkan kereta tidak muat dinaiki kesemua keluarga berkenaan.

“Kesian abang cik, kena tinggal, mak abah, kakak, adik semua balik kampung, tinggal dia seorang,” tulisnya.

Sementara itu, budak lelaki tersebut hanya tersenyum setelah menyedari gelagatnya sedang dirakam oleh seseorang dan jelas terpancar rasa sedih dari raut wajahnya itu.

Perkongsian tersebut sekali gus membuatkan orang ramai turut bersimpati mengenangkan nasib budak lelaki itu serta rata-ratanya turut mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang sanggup meninggalkan anak sendiri di rumah hanya disebabkan kereta tidak muat.

“Sampai hati, kalau saya biar semua tak balik daripada tinggal anak sambil berduka,” luah Suraya Dolah.

“Sedihnya, sudahlah minggu terakhir Syawal, kena tinggal pula, apa la keluarganya fikir sanggup buat macam ini,” ujar Lieza Nordin.

Sementara itu, ada juga pengguna yang beranggapan kemungkinan keluarganya mempunyai perkara kecemasan di kampung dan terpaksa meninggalkannya sementara atas faktor saiz kereta.

“Ada hal kecemasan mungkin, dah kereta tak muat nak bawa semua, kena tinggal anak, mungkin mak ayah dia balik sekejap, dan yang bawa adik-adik kecil yang lebih utama, kita tak tahu,” komennya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI