fbpx

Siti Nurhaliza seronok jadi orang biasa, sekecil-kecil manusia depan Kaabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA menangis sebak depan Kaabah saat menunaikan umrah ketika ini.

PETALING JAYA – Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila Allah memakbulkan doanya untuk mengerjakan umrah, sekali gus mengubati kerinduannya melihat Kaabah dan kembali menjejaki ke Tanah Suci Mekah.

Menerusi siaran langsung dalam Instagram, air mata penyanyi itu bercucuran ketika berkongsi momen syahdu tersebut apatah lagi dapat nikmat beribadah dengan tenang sebagai insan biasa yang diberi peluang berdoa di hadapan Kaabah bersama ribuan muslimin lain.

“Seronoknya saya dapat berkongsi dengan anda semua.Tengok view (pemandangan), suasana di Kaabah, ini yang saya rindukan sebenarnya.

“Saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ini. Saya duduk dengan orang-orang biasa buatkan saya rasa bahawa saya hanyalah sekecil-kecilnya manusia.

“Suka duduk ramai-ramai macam ini, orang tak kenal saya pun, masing-masing tengah berdoa, doa yang terbaik.

“Semua berebut-rebut. Ini yang sangat saya rindui. Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya,” katanya sambil menyeka air mata.

Penghibur berusia 43 tahun itu mengambil keberkatan hari terakhir Ramadan untuk mengerjakan umrah dengan ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Sebelum berangkat ke Tanah Suci, Siti berkongsi satu video yang menunjukkannya memeluk dua permata hati, Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa, 1, sambil menahan emosi.

Pada masa sama, dia turut meluahkan terima kasih terhadap suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang memberi keizinan selain menjaga anak mereka sepanjang pemergiannya.

Siti yang memaklumkan kedatangan ke Mekah kali ini tidak ditemani suami mengakui sudah merindui Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.

“Walaupun suami saya tak ikut, tapi dia izinkan besar rahmatnya sebab dia tahu saya sangat rindukan Mekah, Kaabah, berat hati saya nak tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak saya, Afwa dan Afiyah,” katanya lagi.

Menerusi hantaran sama, Siti juga mengambil peluang membacakan doa yang dikirimkan kepadanya selain membuka peluang sama untuk pengikutnya di ruangan komen.

“Alhamdulillah, saya sekarang berada di depan Kaabah. Sudah selesai solat subuh sempatlah saya baca doa yang dikirim. Mana yang nak berdoa tu bolehlah ambil kesempatan ini sebab saya betul-betul depan Kaabah.

“Doa saja dalam hati. Insya-Allah siapa yg berniat hadir untuk menunaikan umrah bersama famili akan dimakbulkan. Mana yang ada dalam komen ini kalau sempat saya bacakan,” katanya.

Terdahulu, kali terakhir penyanyi dan usahawan tersebut menunaikan umrah adalah pada 2019 bersama suami, Siti Aafiyah dan pengasuh anaknya.

Sementara itu, ramai pengikut memberi pelbagai reaksi positif terhadap video yang dikongsikannya.

“Lepas SPM Tokti xpernah rasa hidup seperti orang biasa, bebas ke sana ke sini dengan tenang tanpa diserbu peminat. Sebab itu mudah tersentuh dan menangis,” kata seorang individu di ruangan komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI