fbpx

Sasaran 36 pingat emas di temasya Sukan SEA Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL (tengah) menghadiri Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Sea Vietnam di Majlis Sukan Negara (MSN), petang tadi.

TIDAK keterlaluan jika dikatakan tekanan kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA Hanoi mungkin sedikit berkurangan apabila hanya 36 pingat emas disasarkan pada edisi kali ini.

Pastinya, jumlah sasaran itu jauh daripada kejayaan edisi sebelum ini di Filipina apabila Malaysia membawa 55 pingat emas pada 2019.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sasaran tersebut adalah realistik sekali gus yakin skuad negara mampu meraih keputusan lebih baik berbanding sasaran yang disandarkan.

Tegas Ahmad Faizal, selain sasaran pingat emas terbabit, pihaknya turut meletakkan harapan supaya atlet mampu 35 perak dan 75 gangsa dengan jumlah keseluruhan pingat yang disasarkan adalah sebanyak 146 pingat.

“Berdasarkan prestasi semasa sebanyak 15 jenis sukan yang di sertai oleh atlet negara dijangka akan menyumbangkan 36 pingat emas.

“Sukan terjun dan olahraga di jangka menjadi lubuk pingat emas negara. Kedua sukan ini mampu menyumbang lebih daripada 5 pingat emas.

“Berdasarkan prestasi semasa bonus pingat emas mungkin mampu diberikan oleh sukan taekwondo, wushu, petanque, pencak silat, bina badan dan beberapa sukan lagi,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Sea Vietnam di Majlis Sukan Negara (MSN), sebentar tadi.

Selain itu, Faizal berkata, sebanyak 72 pingat (25 emas, 18 perak dan 29 gangsa) daripada 27 jenis sukan dan 68 acara yang dimenangi di Sukan Sea Filipina tidak dapat di pertahankan kali ini kerana tidak di pertandingkan di Vietnam.

“Antara pingat yang hilang adalah dari sukan seperti skuasy (4 emas), lawn bowls (4 emas), skating (2 emas), gimrama (3 emas acara individu), break dance (1 emas) dan beberapa sukan lain.

“Selain itu sebanyak 22 jenis sukan (antaranya pelayaran, ekuestrian, hoki, ragbi, luncur air) yang biasa menyumbang pingat di beberapa temasya Sukan SEA lalu juga tidak dipertandingkan kali ini di Hanoi,” katanya

Mengikut rekod, kontinjen Malaysia pada edisi terdahulu mengakhiri perjuangan di kedudukan kelima carta pungutan pingat dengan mengumpul 55 emas,58 perak dan 71 gangsa, ketinggalan 170 peratus pungutan emas oleh juara keseluruhan Filipina. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI