fbpx

Saksi tidak jumpa Najib untuk sahkan cek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafee.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tidak bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat pengesahan tujuan pemberian dua keping cek bernilai RM9.5 juta kepada Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah pada 2013 dan 2014.

Mohamad Farid Jabar, 37, berkata, beliau juga tidak pernah melakukan sebarang siasatan terhadap fail-fail guaman di Tetuan Shafee & Co. serta tidak mengambil keterangan daripada mana-mana anak guam Muhammad Shafee untuk membantu siasatan.

Selain itu, saksi pendakwaan terakhir berkata, beliau tidak bertanya atau mengeluarkan notis kepada firma guaman milik Muhammad Shafee agar mengemukakan invois berkaitan pembayaran RM9.5 juta kepada peguam tersebut.

Beliau menyatakan demikian pada sesi pemeriksaan balas dikendalikan oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta itu dikeluarkan oleh Najib sendiri atas nama tertuduh pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014 semasa perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Penolong Pesuruhjaya SPRM, Mohd. Nasharudin Amir, 49, sebelum ini turut memberitahu mahkamah bahawa Muhammad Shafee menggunakan cek berjumlah RM9.5 juta itu untuk membeli sebuah banglo di Bukit Tunku, di sini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 12 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI