fbpx

Pemakaian pelitup muka tidak wajib di luar bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan itu diambil kira selepas melihat risiko jangkitan yang rendah dalam keadaan yang mana ventilasi adalah baik.

“Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium.

“Selain itu, individu yang demam, batuk dan selesema serta berisiko tinggi masih digalakkan memakai pelitup muka,” katanya pada sidang akhbar sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI