fbpx

Pandu Mercedes tapi biadab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi biadap seorang pemandu kereta semasa melalui lorong kecemasan.

PETALING JAYA- Tindakan seorang pemandu kereta Mercedes yang bersikap biadab ketika dihalang kenderaan lain semasa dia memandu di lorong kecemasan dikecam orang ramai.

Lelaki itu dilihat telah membaling sesuatu kepada kereta yang menghalangnya selepas dia memotong kenderaan tersebut dalam satu kejadian yang disyaki berlaku di Kapar, Klang.

Terdahulu, rakaman video itu menunjukkan kereta Mercedses tersebut telah memecut di laluan kecemasan sebelum dihalang oleh pemandu lain.

Tindakan itu telah membuatkan lelaki itu berang lalu memotong kereta yang menghalangnya tersebut sebelum menurunkan tingkap dan membaling sesuatu.

Netizen yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu turut memberikan komen.

“Sila tularkan pengguna jalan raya yang tak berhemah, biar semua orang ada kesedaran sikit” tulis @faradilaselamat.

“Orang macamn ini yang akan kacau semangat untuk balik kampung, kuatkan mental semua.” komen @hambalimukhlas

“Sepatutnya, tidak boleh menggunakan laluan kecemasan sebab salah di sisi undang-undang. Mungkin pemandu ini tak takut dengan undang-undang Malaysia” ujar @kaoyai.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI