fbpx

Muslim Pro bekerjasama dengan UNICEF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Muslim Pro telah menandatangani perkongsian usaha sama  dengan Tabung Kanak-kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi mengaktifkan aktiviti pengumpulan dana bagi program memberi bekalan dan perkhidmatan kritikal dalam usaha menyelamat serta melindungi nyawa di seluruh dunia.

Kempen pengumpulan dana pertama itu telah dilancarkan pada bulan Ramadan ini yang mana ia akan memberi tumpuan kepada tindakan kemanusiaan bagi kanak-kanak di Yaman, Syria, dan Afghanistan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Fara Abdullah berkata, aplikasi Muslim Pro berharap agar lebih ramai  masyarakat menderma kepada UNICEF untuk membantu kanak-kanak yang terjejas dan kurang bernasib baik. 

“Terdapat berjuta-juta kanak-kanak di Yaman, Syria, dan Afghanistan yang sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.

“Sebagai jenama Muslim global yang berkhidmat kepada masyarakat Muslim di seluruh dunia, adalah penting bagi Muslim Pro untuk bangkit dan turut sama membantu,” katanya dalam kenyataan.

Bitsmedia adalah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang juga merupakan satu badan yang bertanggungjawab terhadap kewujudan aplikasi gaya hidup Muslim terbesar di dunia,  Muslim Pro. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI