fbpx

Macau scam tipu kontraktor RM80,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SINDIKET Macau Scam sentiasa muncul walaupun ada ahlinya telah ditangkap menerusi operasi dan serbuan yang banyak dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia. – GAMBAR HIASAN

PONTIAN – Seorang kontraktor berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM80,000 lesap gara-gara diperdaya Macau scam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa berusia 75 tahun terperdaya selepas menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pengawai penguat kuasa pada 21 April lalu.

“Mangsa dimaklumkan kononnya terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram dan dadah. Satu waran tangkap dikeluarkan ke atasnya.

“Panik dengan dakwaan itu, mangsa menyerahkan maklumat diri dan perbankan. Mangsa hanya menyedari ditipu setelah menyemak baki akaun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, mangsa memngalami kerugian RM80,000 dan laporan polis semalam.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika menerima panggilan terutama oleh individu yang mendakwa dari agensi penguatkuasaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI