fbpx

Kucing baka Sphynx dipaksa lahir 70 anak demi raih keuntungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOKO (kanan) dan Nims tidak dijaga dengan baik oleh pemiliknya. - SWNS

LONDON – Seekor kucing betina baka Sphynx telah diselamatkan oleh sebuah badan amal perlindungan haiwan selepas ia dipaksa membiak dengan melahirkan kira-kira 70 anak kucing, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Kucing bernama Koko yang berusia 11 tahun itu telah dilayan seperti ‘mesin pembiakan’ oleh pemiliknya dalam usaha untuk mendapatkan wang berjumlah kira-kira £140,000 (RM768,357).

Kucing malang itu terpaksa melahirkan kira-kira 70 ekor anak kucing dengan setiap satu dijual pada harga sekitar £2,000 (RM10,976) seekor.

Koko dan adiknya, Nim yang berusia sembilan tahun tiba di badan amal Fylde Coast Cats di Blackpool bulan lepas.

Apabila dua kucing itu tiba di tempat perlindungan tersebut, ia berada dalam keadaan yang sangat teruk serta kotor.

Kedua-duanya dijangkiti virus yang sangat menular iaitu feline calicivirus yang menyebabkan masalah pernafasan dan penyakit mulut.

Kesan daripada pembiakan yang kerap, Koko memiliki kantung yang sangat besar sehingga kulit berlipat pada kaki belakangnya. Nim pula mengalami gusi berdarah dan terpaksa menjalani rawatan untuk mencabut semua gigi. 

Kedua-dua kucing itu mempunyai penyakit buah pinggang tahap awal yang biasa dialami kucing Sphynx dan menunjukkan gejala pembiakan yang buruk. 

Bil rawatan untuk dua kucing itu adalah sekitar £2,000 (RM10,976). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI