fbpx

Kerajaan negeri jamin bekalan ayam cukup, harga terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor memberi jaminan bahawa bekalan ayam di negeri ini mencukupi dan tidak berlaku sebarang manipulasi harga menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Thing Han sehubungan itu mengingatkan semua pihak terlibat khususnya peruncit dan peniaga agar mematuhi harga ditetapkan.

Lee Thing Han (kiri) melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2022 di sebuah pasaraya, di Johor Bahru, semalam.

Katanya, harga yang telah ditetapkan kerajaan bagi sekilogram ayam ketika ini adalah RM8.90.

“Setakat ini bekalan dan harga ayam di negeri ini masih terkawal, sebelum ini memang kita ada terima aduan di peringkat runcit harga ayam naik sehingga RM10 tetapi KPDNHEP telah buat tindakan penguatkuasaan.

“Jadi kita mohon kerjasama peniaga, syarikat terbabit dan pasar raya untuk bantu keluarga Malaysia dan bangsa Johor untuk tidak menaikkan harga. Pengguna pula boleh buat aduan jika ada pihak yang menaikkan harga,” katanya.

Tambah Thing Han, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim dan yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI