fbpx

Fitnah: Ahmad Zahid saman Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad berhubung isu penyelesaian kes mahkamah yang dihadapi.

Ahmad Zahid, 69, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu Minggu lalu (20 April) dengan menamakan Mahathir, 97, sebagai defendan tunggal.

Notis tuntutan berhubung saman fitnah itu telah dihantar pada 25 April lalu (Isnin).

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh menerusi carian sistem mahkamah, Ahmad Zahid berkata, pada 19 Oktober 2018, beliau telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut kini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini.

Namun plantif berkata, pada 23 Februari lalu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan palsu dan disifatkan berbaur fitnah dengan niat jahat merujuk secara terus kepada plaintif dalam satu majlis.

Dakwa plaitif, Dr.Mahathir memfitnah bahawa beliau pernah hadir ke rumah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu bersama beberapa individu lain bagi mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan kes mahkamah yang dihadapinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI