fbpx

EB, Andi Bernadee edar bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDI BENADEE mengagihkan pek cenderahati kepada orang ramai yang berada di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran syarikat makanan sejuk beku, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) bersama Media Mulia Sdn. Bhd. diteruskan ke lokasi kelima di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini kelmarin dengan mengedarkan 1,000 pek bubur lambuk kepada warga kota.

Seawal pukul 6.30 pagi, kira-kira 30 sukarelawan masjid sudah memulakan persiapan memasak bubur lambuk.

Mereka juga menggoreng 4,000 EB Tempura Chicken Nugget untuk dimasukkan dalam pek cenderahati sebelum diagihkan kepada orang ramai di masjid tersebut.

Turut disertakan dalam pek cenderahati tersebut adalah EB Ring Roll (gegelung kacang soya) dan dua akhbar terbitan Media Mulia.

Eksekutif Pemasaran EB, Nurul Fatihah Jamil berkata, pilihan lokasi kali ini selari dengan keunikan bubur lambuk Kampung Baru yang menjadi antara tarikan utama setiap kali menjelang bulan Ramadan.

“Bubur Lambuk Kampung Baru yang terkenal dengan resipi turun-temurun sejak 100 tahun lalu menjadi antara yang tersedap di Kuala Lumpur.

“Oleh itu, EB memilih Masjid Jamek, Kampung Baru ini sebagai lokasi kelima untuk kita menyantuni penduduk sekitar dengan berkongsi rezeki sempena bulan mulia ini,” katanya di sini kelmarin.


Bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru yang dihasilkan mengikut resipi turun menurun sejak 100 tahun lalu cukup popular pada bulan Ramadan.

Nurul Fatihah menerangkan, perbezaan aktiviti pengedaran kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi, Andi Bernadee yang bersama-sama membantu mengagihkan bubur lambuk dan pek cenderahati daripada EB kepada orang ramai.

“Kami berharap orang ramai dapat mencuba produk EB menerusi edaran yang kami sediakan secara percuma dan menjadikannya sebagai juadah berbuka puasa bersama keluarga.

“EB juga yakin, produk kami akan membuatkan ramai jatuh cinta kerana kebanyakan produk ini bersifat ringkas dan mudah disediakan, bersesuaian dengan perubahan gaya hidup semasa,” ujarnya.

Sementara itu, Nurul Fatihah memaklumkan bagi lokasi terakhir program ini di Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru pada 28 April ini, orang ramai dijemput berada di kawasan sekitar untuk hadir mengambil bubur lambuk beserta 1,000 pek cenderahati.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI