fbpx

Diskaun 30 peratus tol Jambatan Kedua Pulau Pinang pada hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menghubungkan kawasan Batu Kawan di Seberang Perai dan Bayan Lepas di bahagian pulau di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau juga dikenali sebagai Jambatan Pulau Pinang Kedua menawarkan diskaun tol 30 peratus kepada pengguna pada Hari Raya Aidilfitri.

Jambatan Kedua Sdn Bhd. (JKSB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui jambatan tersebut pada hari raya nanti.

“Pemberian diskaun ini akan bermula pukul 12 tengah malam pada 30 April ini (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei (Ahad).

“Pemberian diskaun juga akan diberikan bermula pukul 12 tengah malam pada 7 Mei (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 8 Mei (Ahad),” kata kenyataan berkenaan hari ini.

Kenyataan itu menambah, inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat tersebut disokong oleh JKSB dalam usaha mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

JSAHMS sepanjang 16.9 kilometer merupakan pilihan untuk pengguna keluar dan masuk dari atau ke bahagian pulau di negeri ini.

Ia menghubungkan secara terus kawasan Batu Kawan di Seberang Perai kepada bahagian utama di pulau dan menghubungkan Batu Kawan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI