fbpx

Bomba siap sedia insiden kemalangan musim perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (empat kiri) melakukan gimik perasmian Kempen Ops Raya Bomba 2022 di IOI City Mall, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 327 balai bomba dan penyelamat di seluruh negara sudah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi berdepan sebarang kemungkinan kemalangan sepanjang musim perayaan ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kesemua balai itu sudah dipersiapkan dengan anggota mencukupi, jentera dan segala kelengkapan menyelamat dan memadam.

Beliau berkata, pihaknya memahami keterujaan Keluarga Malaysia untuk pulang beraya di kampung halaman tahun ini selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

“Namun keadaan ini pastinya menjadi kebimbangan buat kita semua kerana sudah pasti jumlah kenderaan di jalan raya pada tahun ini akan meningkat dengan mendadak.

“PLUS Malaysia Bhd. sebelum ini memaklumkan, trafik harian boleh mencecah dua juta kenderaan sehari antara 29 April hingga 9 Mei ini dan hal ini sudah pasti akan meningkatkan risiko berlakunya kemalangan,” katanya pada Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Musim Perayaan Keluarga Malaysia Tahun 2022, hari ini.

Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga sudah bersedia dengan 11,000 pegawai dan anggotanya sepanjang musim perayaan ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan rekreasi air khususnya sepanjang musim perayaan ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI