fbpx

Aung San Suu Kyi dihukum penjara 5 tahun atas tuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suu Kyi kini berdepan dengan jumlah keseluruhan hukuman penjara selama 11 tahun. - Vanity Fair

NAYPYIDAW, Myanmar – Mahkamah Tentera Myanmar menetapkan keputusan bahawa pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi didapati bersalah atas tuduhan rasuah, lapor Badan Penyiaran British (BBC), hari ini.

Menurut sumber, perbicaraan Suu Kyi telah dijalankan secara tertutup oleh pihak junta tentera dan beliau menerima hukuman penjara lima tahun.

Suu Kyi telah diletakkan di bawah tahanan rumah sejak Februari 2021 apabila rampasan kuasa tentera menggulingkan kerajaan pimpinannya yang telah dipilih rakyat.

Pemenang Hadiah Nobel berusia 76 tahun itu telah didakwa dengan pelbagai kesalahan jenayah termasuk penipuan kertas undi semasa pilihan raya negara pada 2020.

Beliau menafikan semua tuduhan dan kumpulan hak asasi manusia telah mengutuk perbicaraan mahkamah tentera sebagai satu penipuan.

Perbicaraan tertutup di ibu negara itu tidak dibuka kepada orang ramai dan media, malah peguam Suu Kyi juga dilarang bercakap dengan wartawan.

Selain itu, mahkamah tentera junta turut mendapati beliau bersalah kerana menerima rasuah berjumlah AS$600,000 (RM2.6 juta) dalam bentuk wang tunai dan jongkong emas daripada bekas ketua Yangon, bandar dan wilayah terbesar Myanmar.

Sabitan terbaharu itu menjadikan jumlah hukuman penjara yang telah diterima Suu Kyi setakat ini menjadi 11 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI