fbpx

Waspada sindiket jual kelengkapan Aidilfitri, mangsa diperdaya RM19,773

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hari ini memaklumkan polis mengesan kewujudan sindiket penipuan dalam talian menjual pakaian serta kelengkapan Aidilfitri sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan RM19,773.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, sindiket terbabit menggunakan platform media sosial bagi mengiklankan barangan seperti pakaian serta kelengkapan hari raya.

“Namun, setelah pembayaran dibuat, barangan yang dibeli tidak diterima mangsa.

“Sehingga kini, 22 kes penipuan jual pakaian serta kelengkapan hari raya dicatatkan dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM19,773,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, sebagai langkah pencegahan orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada membuat pembelian pakaian dan kelengkapan melalui platform media sosial atau penjual yang meragukan.

Sebarang maklumat orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI