fbpx

Senjata api punca utama kematian kanak-kanak AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN remaja memegang sepanduk bagi menentang keganasan berkaitan senjata api di Philadelphia, Pennsylvania pada 14 April lalu. – AFP

WASHINGTON – Kematian akibat senjata api dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat (AS) kini mengatasi semua penyebab kematian lain termasuk kemalangan kenderaan, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Berdasarkan data oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), tahun 2020 menyaksikan sebanyak 45,222 kematian berkaitan senjata api direkodkan. Daripada jumlah itu, kira-kira 109 orang maut setiap hari akibat kecederaan berkaitan senjata api. 

Dalam pada itu, enam daripada 10 kematian adalah melibatkan senjata api dan lebih tiga daripada 10 kematian disebabkan oleh pembunuhan menggunakan senjata api.

Analisis sebelum ini turut menunjukkan peningkatan trend dalam kematian berkaitan senjata api, namun data terkini menunjukkan kenaikan mendadak sehingga 13.5 peratus dalam tempoh setahun, iaitu antara 2019 hingga 2020.

Sementara itu, menurut satu kajian lain yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine, kadar kes bunuh diri menggunakan senjata api melonjak sebanyak 1.1 peratus.

Dana Pertahanan Kanak-kanak (CDF) pula menyatakan bahawa kira-kira 193,000 kanak-kanak dan remaja telah terbunuh disebabkan senjata api di wilayah AS sejak 1963.

Secara purata, lebih 3,000 kanak-kanak mati setiap tahun akibat keganasan senjata api. 

Pakar-pakar mengaitkan peningkatan tersebut dengan lonjakan jumlah senjata api yang dimiliki oleh orang awam. CDF memaklumkan bahawa orang awam di AS mempunyai 393 juta senjata api pada 2017, bersamaan dengan lebih daripada satu senjata api bagi setiap penduduk. 

Kesannya, 11 juta orang termasuk lima juta kanak-kanak kini terdedah kepada senjata api di rumah sendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI