fbpx

Perit sara keluarga ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrin (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Mohd Tarmizi (dua dari kanan) sempena Program Singgah Sahur di Kampung Gemencheh Lama, Tampin baru-baru ini.–NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun mengakibatkan sepasang suami isteri kehila­ngan hampir keseluruhan punca pendapatan hingga menjejaskan kehidupan untuk menyara enam anak mereka.

Kini, Mohd. Tarmizi Hashim, 51, dan Azlina Lokman, 44, bangkit kembali apabila memulakan perniagaan menjual ayam goreng dan kuih onde-onde.

Mohd. Tarmizi yang menghidap sakit saraf berkata, dia menjadi peniaga kecil-kecilan selepas bersara sebagai tentera.

“Sepanjang PKP, kami tidak dapat berniaga seperti biasa bagi menyara tujuh anak berusia lima hingga 22 tahun.

“Rasa lega apabila kami boleh berniaga kembali. Memang perit rasanya ketika PKP sebab tiada langsung pendapatan,” katanya ketika ditemui pada program Singgah Sahur di Kampung Gemencheh Lama di sini baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, menurut Mohd. Tarmizi, sepanjang Ramadan, dia terpaksa berhenti sementara berniaga ayam goreng kerana tidak boleh mengangkat barang disebabkan sakit saraf.

Tambahnya, ketika ini iste­rinya menjual kuih onde-onde sekurang-kurangnya 40 pek sehari di tiga buah kedai.

“Selepas raya, saya akan mula jual ayam goreng dan ambil tempahan,” katanya.

Sementara itu, Azlina yang sebelum ini pernah bekerja di sektor perbankan memberitahu, mereka sekeluarga mendiami rumah pusaka tiga generasi sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan ketika PKP, dia bersyukur kerana masyarakat setempat sentiasa memberikan sokongan.

“Jika tak dapat berniaga ayam goreng, saya akan buat kuih untuk dijual di kedai berdekatan,” kata­nya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 151052236462 atas nama Azlina.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Pekan Gemencheh, Sharin Yaakob berkata, program ber­kenaan dilaksanakan sejak 10 tahun lalu bertujuan memberi sumba­ngan kepada mereka yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI