fbpx

Penyebar kes buli Kim Garam disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM GARAM

HANYA selepas tiga minggu kontroversi membabitkan artis baharu naungan mereka iaitu Kim Garam didakwa pernah menjadi pembuli ketika zaman sekolah, agensi Source Music pantas mengambil tindakan.

Agensi berkenaan kini dalam proses menyaman seorang netizen yang mencetuskan kontroversi tersebut pada awal bulan ini.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh netizen berkenaan menerusi Twitternya.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai respons, rata-rata netizen menyuarakan pendapat masing-masing, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak.

Sebelum ini, keterujaan peminat terhadap pendedahan agensi HYBE tentang anggota pertama sebuah kumpulan wanita baharu naungan mereka bertukar hangat apabila artis itu terkait kes buli.

Pendedahan daripada netizen yang mengakui sebagai rakan sekolah Kim Garam menyebut bahawa penyanyi itu seorang kaki buli, selain merokok dan minum minuman keras.

Menurut individu berkenaan, tidak adil apabila melihat seseorang seperti Kim Garam memulakan debut dalam industri dan mendapat perhatian positif daripada peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI