fbpx

JIM nafi depot tahanan imigresen sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menafikan laporan sebuah akhbar bahawa beberapa depot imigresen di beberapa negeri sesak dan kekurangan kakitangan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, jumlah kapasiti tahanan di semua 21 depot Imigresen seluruh negara ini termasuk tiga depot Imigresen sementara adalah 21,150 orang.

Beliau berkata, sehingga 24 April lalu, jumlah tahanan di depot-depot tersebut adalah seramai 17,624 orang terdiri daripada 12,895 tahanan lelaki, 3211 tahanan perempuan, 851 tahanan kanak-kanak lelaki dan 677 tahanan kanak-kanak perempuan.

“Laporan akhbar itu menyebut Depot Imigresen Lenggeng sesak dan kurang kakitangan berdasarkan kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal.

“Jumlah kapasiti tahanan di Depot Imigresen Lenggeng Negeri Sembilan seramai 1,000 orang iaitu 800 lelaki dan 200 perempuan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, JIM telah mengkaji keperluan perjawatan bagi semua depot pada tahun 2019 dengan mengambilkira keperluan sebenar pegawai.

Jelas beliau, keperluan perjawatan itu telah dipersetujui agensi pusat termasuk tambahan jawatan di empat pusat tahanan sementara (PTS) di Sabah selepas pengambilalihan daripada MKN.

Menurutnya, JIM sedang membuat pengisian kekosongan jawatan termasuk di depot-depot tahanan secara berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI