fbpx

Gempa bumi di Kundasang, Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kejadian gempa bumi lemah pada magnitud 3.7 skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, insiden itu berlaku pada pukul 9.28 pagi tadi.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau. Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan di media sosial.

Menurut kenyataan itu, kejadian tersebut berlaku pada koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur.

Tambah MetMalaysia, gempa bumi itu berjarak 14 kilometer (km) barat laut dari Ranau di kedalaman 10km.

Orang ramai yang merasai gegaran gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di pautan
https://forms.gle/UwsdsnFgviZEG3d1A. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI