fbpx

G3 komited pada pelan pembangunan Taman AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – G3 Global Berhad (G3) kekal komited kepada misi pemeteraian memorandum dengan SenseTime Group Ltd (SenseTime) dan China Harbour Engineering Company Ltd (CHEC) untuk membangunkan Taman AI (kecerdasan buatan).

MoU yang ditandatangani pada 26 April 2019 itu tamat semalam.

Pengarah Urusan G3, Dirk Quinten berkata,  Kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada AI dan penyelesaian berasaskan teknologi maklumat (IT) yang lain untuk mengembangkan perniagaan.

Bagaimanapun, pihak-pihak dalam MoU menyatakan bahawa landskap untuk pembangunan Taman AI yang dirangkakan pada awalnya telah berubah dan projek itu mungkin perlu dilaksanakan dalam bentuk baharu.

“G3 serta SenseTime dan CHEC kekal berminat untuk bekerjasama dalam projek AI dan  IT berskala besar yang mampan dalam jangka panjang.

“Kami telah meneroka dan membincangkan konsep yang memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing,  pada masa yang sama mempertimbangkan pelan hala tuju AI dan kedudukan strategik Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Kumpulan akan membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities Berhad apabila terdapatperkembangan lanjut mengenai perbincangan ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI