fbpx

Chelsea hapus badi laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulisic muncul wira Chelsea apabila meledak gol tunggal pada minit-minit akhir perlawanan ketika mereka menewaskan West Ham di Stamford Bridge kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mempertahankan pemain tengahnya, Jorginho yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pasukan itu bernasib baik meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas West Ham United kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge itu, The Blues juga berjaya menamatkan badi tiga kekalahan berturut-turut di laman sendiri sebelum ini, namun hampir sahaja dikecewakan dengan kegagalan Jorginho.

Chelsea diberikan sepakan penalti kira-kira tiga minit sebelum masa sebenar perlawanan berakhir, tetapi Jorginho mensia-siakannya sebelum Christian Pulisic muncul wira dengan meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-90.

“Jorgi memiliki rekod yang sempurna untuk sepakan penal­ti, jadi ia adalah suatu yang normal menyerahkan tugas tersebut kepadanya. Apabila dia gagal melakukannya, kami hanya berharap dia mampu melakukan lebih baik selepas ini dan bukan menarik kepercayaan itu daripadanya.

“Kami percaya bahawa kami mampu untuk mendapatkan gol kemenangan pada perlawanan itu dan akhirnya ia berjaya.

“Pulisic memiliki gaya remba­tan yang luar biasa. Apabila dia mencipta jaringan itu, ia kelihatan sangat menakjubkan, tenang dan benar-benar dalam keadaan terbaik.

Dalam pada itu, Pulisic meng­akui bahawa kemenangan itu memberikan kelegaan selepas mereka tewas tiga kali berturut-turut di laman sendiri sambil mengakui perlawanan menentang West Ham adalah cukup penting.

“Pengurus mahu saya dapatkan gol kemenangan. Dia mahu saya melakukan sesuatu yang berbeza dan akhirnya saya berjaya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI