fbpx

ASP wanita ‘live’ TikTok masa serbuan jalani siasatan dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan pegawai tersebut membuat live di TikToknya ketika serbuan di sebuah pusat hiburan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil terhadap pegawai kanan wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang membuat rakaman secara langsung (live) menerusi TikToknya semasa serbuan di sebuah premis hiburan, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bertanggungjawab menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawai berkenaan.

“Kita perlu lakukan siasatan secara adil, setakat ini pegawai terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa.

“Adakah keperluan untuk pegawai terbabit tularkan operasi tersebut? Berdasarkan maklumat operasi tidak perlu bertindak sedemikian. Peraturan sedia ada hendaklah dipatuhi,” ujarnya pada sidang akhbar selepas Melancarkan Ops Selamat ke-18 Sempena Aidilfitri 2022 di Menara TM di sini hari ini.

Mengulas mengenai pertukaran pegawai terbabit ke Johor Bahru, Razarudin menegaskan hal itu masih dalam siasatan.

Terdahulu, akhbar melaporkan pegawai wanita tersebut dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa menjalankan serbuan.

Dalam video berdurasi satu minit 38 saat itu wanita berpakaian jaket seragam operasi PDRM itu menerangkan berhubung tanggungjawab kerja ketika menjalankan serbuan serta pemeriksaan.

Perlakuan pegawai wanita tersebut membuat video secara langsung itu mendapat kecaman pengguna media sosial yang dilihat seolah-olah tidak profesional ketika menjalankan tugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI