fbpx

Usia tidak halang Amri ledak hatrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRI (kiri) berjaya meledak hatrik ketika membantu Sabah mencatat kemenangan 4-0 ke atas KDA FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin. – FB SABAH FOOTBALL CLUB

KEMAMPUAN Amri Yahyah meledak hatrik ketika membantu kemenangan 4-0 Sabah FC ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Likas, kelmarin bakal menjadi contoh terbaik buat pemain muda di negara ini, khususnya buat bakat baharu di Negeri Bawah Bayu.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menegaskan, pencapaian itu adalah bukti bahawa sentuhan yang dimiliki Amri tidak pernah berkarat biarpun kini sudah menginjak ke usia 41 tahun.

“Amri merupakan seorang pemain berpengalaman dan masih mampu beraksi baik walaupun sudah berusia 41 tahun. Saya percaya, rekod sebagai pemain tertua menjaringkan hatrik dalam Liga Malaysia bertahan lama.

“Saya tidak percaya pemain lain mampu melakukannya dan ini membuktikan Amri tahu di mana dia perlu berada. Keyakinan dimiliki Amri, ia menjadi model kepada pemain muda Sabah untuk cuba bermain sepertinya,” katanya.

Pada aksi kelmarin, pemain kelahiran Selangor itu mengha­dirkan ‘mimpi ngeri’ buat penjaga gol gantian KDA FC, Muhamad Ilham Amirullah Razali apabila kesemua jaringan dihasilkan jelas menunjukkan ketenangan dan paling mencuri perhatian pastinya menjurus kepada gol ketiga dihasilkannya.

Amri juga menjadi pencetus kepada sepakan penalti diraih Sabah FC, namun kesempatan gagal dimanfaatkan oleh Baddrol Bakhtiar selepas sepakannya berjaya dibaca Muhamad Ilham.

“Semua pemain beri kerjasama dan bukannya hasil saya seorang saja. Saya juga mengharapkan (bantuan) daripada pemain lain dan mereka mampu melakukannya dengan baik,” kata Amri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN