fbpx

330,000 tiket bas habis terjual, Pembawa sedia buka bas tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laili (dua dari kiri) ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri anjuran Pembawa di Terminal Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

PETALING JAYA – Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) memaklumkan kira-kira 330,000 tiket bas melibatkan semua destinasi di Semenanjung Malaysia telah habis terjual.

Yang Dipertua Pembawa, Laili Ismail berkata, tiket tersebut melibatkan lebih 8,500 trip perjalanan membabitkan 680 buah bas bermula Khamis ini sehingga 8 Mei depan.

Bagaimanapun katanya, pihak Pembawa bersedia membuka trip perjalanan tambahan jika permintaan tinggi.

“Setakat ini kita telah membuka dua trip perjalanan membabitkan laluan ke Kota Bharu dan kita akan bersedia membuka lebih banyak bas tambahan jika ada permintaan.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang untuk pulang ke kampung kerana bas tambahan kita sentiasa bersedia pada bila-bila masa,” katanya semasa melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan hari ini.

Mengulas lanjut Laili berkata, pada musim perayaan kali ini antara laluan yang mendapat permintaan tinggi adalah Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Lumpur ke Johor Bharu dan Kuala Lumpur ke laluan Utara.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa kesemua bas yang bernaung di bawah Pembawa telah diselenggara sepenuhnya bagi memberi keselesaan kepada pelanggan.

Selain itu katanya, kesemua pemandu bas juga telah terlatih dan mereka semua bersedia membawa Keluarga Malaysia balik kampung dengan selamat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI