fbpx

Ralf Rangnick akui impian Manchester United hampir lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRUNO Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika United tewas 1-3 kepada Arsenal di Emirates kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick mengakui bahawa pasukan kendaliannya itu sudah boleh melupakan impian untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Ia ekoran kekalahan 1-3 pasukan tersebut ketika menentang Arsenal di Emirates kelmarin sekali gus menyaksikan mereka berada di kedudukan keenam dan ketinggalan enam mata di belakang The Gunners yang berada di kedudukan keempat.

United cuba mengintai peluang mara ke saingan berprestij Eropah itu buat kali ketiga berturut-turut, namun peluang itu semakin tertutup ketika Arsenal masih mempunyai baki lima perlawanan berbanding mereka hanya empat aksi selepas ini.

“Pada saya, sebelum perlawanan lagi saya sudah menjangkakan bahawa kami sukar untuk mara ke saingan Liga Juara-Juara dan selepas kekalahan kali ini, impian kami itu akhirnya berkecai.

“Kami menunjukkan peningkatan persembahan, tetapi keputusannya mengecewakan. Kami mencipta banyak peluang untuk menjaringkan lebih daripada satu gol.

Bagaimanapun, kami mengulangi masalah yang sama iaitu gagal bertahan dengan baik terutama ketika berada dalam kawasan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, pemain te­ngah, Scott McTominay meng­a­kui United kini sarat dengan masalah melibatkan pemain dan kakitangan sehingga menyebabkan prestasi pasukan menjadi tidak menentu.

“Apabila anda pulang dan melihat semula prestasi pada perlawanan ini, kami tidak layak untuk menang pada perlawanan ini. Kami hanya bermain dengan separuh hati.

“Empat perlawanan terakhir adalah maruah buat kami. Kami perlu melakukan sebaik mungkin. Apabila pengurus baharu berada di sini, kami perlu bersedia segala-galanya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI