fbpx

Penumpang panik ular dalam kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ULAR itu merayap sehingga menyebabkan penumpang kereta api panik. – Alun Palmer

LONDON – Seekor ular mencetuskan situasi panik di dalam sebuah kereta api di Britain selepas reptilia itu terlepas daripada pemiliknya dan menyusur antara tempat duduk penumpang, lapor akhbar The Sun. 

Ular tikus bernama Diego de­ngan panjang 0.9 meter itu terlepas apabila pemiliknya mele­takkan ia di atas sebuah meja.

Penumpang dan kakitangan kereta api tersebut yang fobia terhadap ular terpaksa menunggu di stesen sebelum Diego ditangkap oleh seorang penyelia perkhidmatan pelanggan, James Noble.

Penumpang yang mengalami situasi mendebarkan itu ialah seorang pegawai akhbar Universiti Northampton, Chris Fidler, 47, yang baru menaiki kereta api itu dari London ke Sheffield.

“Sukar untuk mempercayainya. Apabila baru saja duduk, saya melihat seorang remaja memegang seekor ular di hadapan saya. Ia kelihatan tenang dan dia memberi jaminan haiwan itu jinak.

“Ular itu kemudian menyusur di celah dua kerusi. Pemiliknya memegang ekor ular itu, namun kemudian melepaskannya supaya ia tidak cedera,” kata Fidler. 

Tambah Fidler, kereta api itu kemudian berhenti di Derby dan seterusnya Sheffield.

“Saya memaklumkan kepada seorang kakitangan tetapi dia berkata, ular adalah ketakutan terbesarnya. Dia bekerja di sana selama 25 tahun tetapi belum pernah menghadapi situasi se­perti itu.

James Noble dari stesen kereta api Midlands berkata, dia fikir ia adalah jenaka apabila mereka mula mendapat panggilan.

“Saya tidak pasti apa yang akan ditemui apabila menarik tempat duduk dan mengulur tangan ke celahnya tetapi diberitahu bahawa ular itu tidak berbisa.

“Saya pernah mengendalikan ular sebelum ini tetapi tidak pernah melihat seekor ular terlepas di dalam kereta api,’’ katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI