fbpx

Pejuang tidak sertai ‘khemah besar’- Marzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marzuki (tengah) dan Mohd. Shaid (kiri) menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada kanak-kanak pada program itu.

KUALA SELANGOR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berpendirian tidak akan menyertai ‘khemah besar’ untuk menewaskan UMNO, Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Datuk Marzuki Yahya menegaskan bahawa parti itu masih kekal untuk terus bergerak secara bersendirian.

Kata beliau, pihaknya sejak awal sudah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Justeru, tiada istilah berkaitan ‘khemah besar’ dan juga tiada sebarang perbincangan dibuat dengan kita (Pejuang) mengenainya.

“Kita masih tetap dengan pendirian dan tiga parti dalam komponen PH seolah-olah tiada keputusan tepat kerana mempunyai ideologi atau pemikiran masing-masing,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli di Puncak Alam di sini, semalam.

Khamis lalu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub mahu pemimpin parti pembangkang berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan pendekatan ‘khemah besar’ sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, Pejuang ketika ini melihat PH seolah-olah tiada hala tuju termasuk melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Walaupun PH, namun semua dengan cara masing-masing iaitu PKR menggunakan logo dan kerusinya manakala tinggal hanya Amanah serta DAP.

“Saya melihat ‘khemah besar’ itu bukan cadangan tepat dan PH perlu perbaiki dalaman pakatan itu dahulu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI