fbpx

Mercedes merosot, Lewis Hamilton kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMOLA – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mengakui bahawa pasukannya, Mercedes tidak mempunyai harapan untuk mempertahankan gelaran kejuaraan pengeluar Formula Satu (F1) musim ini. - AFP

IMOLA – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mengakui bahawa pasukannya, Mercedes tidak mempunyai harapan untuk mempertahankan gelaran kejuaraan pengeluar Formula Satu (F1) musim ini.

Hal ini kerana Hamilton dilihat kecewa dengan prestasinya apabila sekadar menamatkan sesi perlumbaan pecut pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna di kedudukan ke-14, manakala rakan sepasukannya George Russell di tempat ke-11 kelmarin.

Tiada sebarang kemajuan ditunjukkan oleh Hamilton dan Russell apabila bergelut untuk mendapatkan rentak dan prestasi terbaik bersama jentera baharu W13 milik pasukan itu.

Pada saingan tersebut, seteru utamanya, Max Verstappen (Red Bull Racing) menguasai perlumbaan selain pelumba Ferrari, Charles Leclerc turut berada di kelompok hadapan.

“Jelas kami tidak mampu berjuang untuk kejuaraan pada tahun ini. Saya fikir, pertama sekali kami perlu memahami jentera ini dan menambah baik serta membuat sedikit kemajuan sepanjang tahun. Itu sahaja yang kami boleh harapkan.

“Kami semua bekerja keras dan terdapat ramai orang dalam pasukan yang telah berada di sini selama 20 tahun, jadi ia bukan perkara baharu bagi mereka,” tegas Hamilton.

Kedua-dua pemandu Mercedes itu gagal berada dalam kelompok 10 terbaik dalam sesi kelayakan dan ia kali pertama berlaku buat pasukan itu sejak 2012.

“Kami harus bersatu, memotivasikan semua orang dan terus bekerja keras,” tambah Hamilton. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI