fbpx

Luahan Pembaca: KWSP selesai 1,001 derita rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan sebuah keluarga menaiki Perodua Kancil yang dibeli menggunakan wang KWSP.

SAUDARA PENGARANG,

Sayu hati saya apabila membaca berita mengenai sepasang suami isteri yang baru hendak merasa mempunyai kereta selepas menerima wang Pengeluaran Khas Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) baru-baru ini.

Video yang menunjukan pasangan itu membeli kereta Perodua Kancil hasil daripada wang KWSP yang dikeluarkan untuk menghantar anaknya ke sekolah benar-benar meruntun jiwa masyarakat.

Apa yang kita dapat nilaikan daripada perkara seumpama ini ialah sebahagian masyarakat negara ini terlalu mengharapkan wang tersebut untuk menikmati kehidupan selepas berpayahan selama dua tahun akibat Covid-19.

Saya yakin ramai orang yang mempunyai jalan cerita yang sama dengan keluarga tersebut. Mereka menggunakan wang KWSP untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri.

Bukan tiada bantuan kerajaan tetapi hakikatnya ada yang tidak sampai kepada kumpulan sasaran kerana ketika ini sudah ramai yang bertukar status daripada T20 kepada M40 dan B40 kerana pandemik.

Ia lebih mudah mendapatkan duit sendiri yang disimpan di KWSP. Terima kasih kepada pihak berkenaan yang mendesak agar pengeluaran ini dapat direalisasikan.

Awang Selamat,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI