MARANG – Naara Facespa Sdn.Bhd. (Naara Facespa) kembali bangkit dan semakin aktif menawarkan perkhidmatan penjagaan kecantikan dan kesihatan kepada pelanggannya dengan tawaran menarik bersempena sambutan Syawal tidak lama lagi.
Ketua Operasinya, Noor Fatina Abdul Aziz berkata, keterujaan dan minat orang ramai untuk memiliki penampilan yang lebih baik pada musim raya kali ini telah menyebabkan syarikat membuat tawaran promosi untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Ini dapat dilihat kepada pakej rawatan Diamond yang bernilai RM20,000 telah habis ditempah oleh pelanggan.
“Jualan promosi tersebut habis ditempah untuk 100 pelanggan terawal hanya dalam temph 48 jam yang mana kami tawarkannya pada 14 April lalu.
“Bagaimanapun, rawatan muka Hydra berharga RM55 dan Gold Glam Raya (RM59) masih dibuka kepada umum,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Noor Fatina menerangkan, pada tahun ini, syarikat mengunjurkan untuk memberi rawatan dan perkhidmatan kepada 100,000 pelanggan.
“Kepakaran kami adalah menyelesaikan masalah berkaitan wajah seperti jeragat, jerawat, kulit kusam, liang pori terbuka dan juga parut.
“Sejak melebarkan empayar pada 2016, rawatan paling laris dan menjadi pilihan termasuklah rawatan detoks wajah, clarity acne, sulam Korea, blackdoll dan nanoceutical. Harga rawatan pula adalah antara RM55 hingga RM550,” katanya.
Selain itu, syarikat yang kini memiliki lebih 20 cawangan itu bercadang untuk membuka 10 rangkaian baharu pada masa depan termasuk di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE