fbpx

Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Ali Hamsa dibawa keluar dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Cuaca panas terik tiba-tiba bertukar redup seolah-olah mengiringi majlis pengebumian bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, lebih 200 orang hadir termasuk isteri Allahyarham, Puan Sri Rohani Abdullah beserta anak dan cucunya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pukul 2.45 petang tadi dengan talkin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Ustaz Nor Azamir Alias.

Terdahulu, jenazah tiba di tanah perkuburan pukul 2.20 petang dibawa van jenazah dan diiringi polis pengiring.

Jenazah terlebih dahulu disembahyangkan di dewan solat utama, MTMZA yang dihadiri 500 jemaah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI