fbpx

Hanya 10 peratus polis Pahang boleh cuti raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI Mohamed Yoosuf (hadapan, tengah) bersama anggota polis yang hadir bersempena Program Pencegahan Jenayah Ketua Polis Pahang Bersama Masyarakat Daerah Pekan di perkarangan Masjid An-Nur, di sini, semalam.

KUANTAN – Daripada lebih 6,000 anggota polis di seluruh negeri ini, hanya 10 peratus sahaja yang dibenarkan bercuti sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, 90 peratus anggota dan pegawai perlu bertugas sepanjang tempoh perayaan xdalam mod bersiap sedia bagi mengawal keselamatan dan menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita di Pahang hanya membenarkan 10 peratus sahaja bercuti iaitu dianggarkan 600 anggota dan pegawai yang bercuti dam satu-satu masa.

“Penggiliran bercuti sama ada sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan menjalankan tugasan membuat rondaan keselamatan, kawalan dan pencegahan jenayah di seluruh negeri,”katanya pada program Pencegahan Jenayah Ketua Polis Pahang bersama masyarakat daerah Pekan di Pekarangan Masjid An-Nur di Pekan semalam.

Menurut Ramli, pihaknya akan menumpukan kepada kawalan keselamatan harta benda di taman-taman perumahan dan keselamatan nyawa serta kelancaran pergerakan kenderaan di jalan raya ketika musim cuti perayaan itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya memaklumkan kepada pihak polis jika meninggalkan rumah kediaman semasa cuti ini dengan mengisi borang secara atas talian atau hadir sendiri ke balai-balai yang berdekatan.

“Setelah lebih dua tahun tiada pergerakan besar-besaran pulang ke kampung halaman di musim perayaan ini, kita ingin mengingatkan kbali kepada masyarakat agar mengisi borang yang disediakan sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku kejadian diingini ketika ketiadaan mereka di rumah.

“Dengan cara ini pemantauan dapat dilakukan dari semasa ke semasa, sekali gus dapat menjamin keselamatan harta benda orang ramai,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI