fbpx

Gelandangan lelaki ditemui mati di kedai lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki tidak dikenali berusia lingkungan 50an ditemui di di sebuah kedai lama di Kampung Tanjung Pisang, Jalan Tampin-Gemas, di sini, petang tadi di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.- NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Seorang lelaki dipercayai Gelandangan ditemui mati di sebuah kedai lama di Kampung Tanjung Pisang, Jalan Tampin-Gemas, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, polis menerima maklumat pada pukul 3.40 petang dari orang awam telah menemui mayat tersebut di hadapan kedai lama berkenaan disyaki berbangsa India berusia lingkungan 50 tahun tanpa sebarang identiti.

Menurutnya, mayat tersebut dalam keadaan mencangkung seolah-olah sedang tidur dan terdapat tompokan darah di sekitar mayat berkenaan.

“Lelaki yang disyaki gelandangan berkenaan dalam keadaan mabuk telah muntah darah beberapa kali di perhentian bas hadapan Hospital Tampin dan kemudian berjalan kaki ke lokasi tempat beliau dijumpai mati.

“Siasatan awal tempat kejadian telah dijalankan bersama pihak forensik Hospital Tampin dan didapati tiada sebarang unsur jenayah di mana tiada sebarang kecederaan di tubuh badan lelaki tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Anuwal lagi, walaupun terdapat kesan pendarahan tetapi ianya dipercayai dari muntah darah lelaki berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI