PUTRAJAYA – Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 akan dibentangkan selepas pengumuman kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sejurus sahaja pengumuman KKM, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyelaraskan perkara yang dibincangkan sebelum garis panduan baharu tersebut diumumkan.
“Kita tahu bahawa ramai ingin melihat sektor pendidikan dibuka dengan lebih meluas. Insya-Allah kita sudah buka sedikit demi sedikit cuma kita mengambil pendekatan lebih cermat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan Bersama-sama Menteri Kanan Pendidikan di sini hari ini.
Kelonggaran beberapa SOP Covid-19 yang bakal diumumkan Rabu ini bersifat selamat dan cermat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini.- KOSMO! ONLINE