fbpx

Camila Cabello berangan kahwini Harry Styles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMILA pernah berangan ingin menjadi kekasih Harry Styles dan berkahwin dengan penyanyi itu.

PENYANYI Camila Cabello mengaku pernah menyukai penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan One Direction, Harry Styles suatu ketika dahulu.

Bahkan kongsinya, alasan utama dia mengikuti pertandingan X Factor pada 2012 kerana mahu bertemu dengan One Direction terutamanya Styles.

Justeru, pelantun lagu Havana itu berjuang bermati-matian supaya melepasi peringkat uji bakat pertandingan tersebut walaupun akhirnya tersingkir.

“Ketika itu saya berusia 15 tahun dan sangat sukakan Styles. Saya yakin bahawa suatu hari nanti kami akan menjadi pasangan kekasih dan berkahwin.

“Selepas 10 tahun berlalu, saya berasa malu apabila memikirkan semula hal ini,” katanya.

Ujarnya, walaupun tidak pernah bercinta dengan Styles, dia gembira kerana akhirnya bergelar penyanyi dan pernah beberapa kali mengadakan persembahan satu pentas dengan lelaki itu di beberapa buah acara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI