fbpx

Bekalan air, 15 kawasan di ibu negara pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Gangguan bekalan air tidak berjadual buat penduduk di 15 kawasan di sekitar Kuala Lumpur ekoran kerja-kerja pembaikan paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras telah pulih sepenuhnya pada pukul 9 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu hantaran di Facebooknya memaklumkan perkara tersebut.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa bekalan air di 15 kawasan yang terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur susulan kerja-kerja pembaikan paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras pada 24 April 2022 telah pulih sepenuhnya pada pukul 9 pagi, hari ini.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, sebanyak 15 kawasan di ibu negara dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kerja-kerja pembaikan paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras.

Senarai Kawasan Terjejas:

1. BUKIT PERMAI INDUSTRI
2. KAMPUNG CHERAS BARU
3. PANDAN BISTARI
4. TAMAN BUKIT PANDAN
5. TAMAN BUKIT PERMAI
6. TAMAN BUKIT TERATAI
7. TAMAN MAWAR
8. TAMAN MEGA JAYA
9. TAMAN MELUR
10. TAMAN MESTIKA
11. TAMAN MUDA
12. TAMAN PANDAN MEWAH
13. TAMAN PUTRA
14. TAMAN SAGA
15. TAMAN SERAYA

– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI