fbpx

Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJENAYAH paling berbahaya di Britain dibenarkan membela burung di penjara. - Denis Cameron/REX/Shutterstock

LONDON – Penjenayah-penjenayah paling ganas dan berbahaya di Britain dibenarkan untuk membela burung di dalam sel penjara mereka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mereka adalah antara banduan yang ditempatkan di penjara kategori A termasuk perogol, pembunuh, pengganas dan penjenayah yang menimbulkan ancaman besar kepada masyarakat sekiranya melarikan diri.

Banduan yang mempamerkan tingkah laku yang baik dibenarkan membela burung baji dan kakaktua kecil atau ayam sebagai balasan kepada sikap baik itu.

Kebanyakan banduan yang dibenarkan membela burung adalah mereka yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup, lapor akhbar The Sun. 

Burung-burung itu dijual kepada banduan pada harga sekitar £5 (RM27) dan akan dirampas jika mereka mengabaikan tanggungjawab.

Keputusan itu dibuat oleh gabenor dalam membantu pakar untuk menangani tekanan yang dihadapi banduan.

Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan bersama jika dipindahkan ke penjara baharu.

Jurucakap Kementerian Kehakiman menyatakan bahawa membela burung akan menimbulkan rasa tanggungjawab dan minat dalam kalangan banduan, terutamanya bagi mereka yang menjalani hukuman penjara yang panjang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI