fbpx

2 maut dalam rusuhan di Paris bagi membantah kemenangan Macron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penunjuk perasaan memberi isyarat di hadapan sepasukan polis dalam rusuhan di bandar Nantes semalam. - AFP

PARIS – Dua individu maut ketika polis cuba menyuraikan rusuhan di Perancis yang dianjurkan sebagai tindak balas kepada keputusan pilihan raya presiden yang kembali dimenangi oleh Presiden Emmanuel Macron, lapor akhbar Daily Star.

Menerusi satu klip video, berpuluh-puluh perusuh dilihat melarikan diri ketika diserbu polis di Place de la Republique, Paris. 

Rusuhan itu berlaku selepas Macron diumumkan berjaya mengalahkan pencabarnya, Marine Le Pen dan bakal meneruskan penggal keduanya sebagai presiden Perancis.

Keganasan yang berlaku pada malam semalam itu turut menyaksikan dua perusuh ditembak mati ketika cuba merempuh polis dengan kenderaan mereka.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang wartawan, Simon Louvet di laman Twitter.

“Polis melakukan serbuan, beberapa penunjuk perasaan berbaring di atas tanah. Kumpulan itu dikepung di Place de la Republique. Tiada strategi dari pihak yang memprotes,’’ kata Louvet.

Tambah Louvet, beberapa penunjuk perasaan cuba mengelak daripada polis dengan melakukan demonstrasi di tempat lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI