fbpx

Wanita mahu jual ginjal demi ubati suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut mendakwa ingin menjual ginjal demi mengubati suaminya yang sakit. - Instagram Viralyes

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mendapat perhatian netizen kerana mahu menjual ginjalnya bagi mendapatkan wang untuk membiayai kos perubatan suaminya, lapor laman Berita Hits semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman Instagram, seorang wanita dilihat terbaring dan  kelihatan seperti sedang menangis.

Keterangan dalam klip video tersebut memberitahu bahawa dia mahu menjual ginjalnya kepada sesiapa yang berminat.

“Siapa yang mahu beli ginjal saya, untuk wang pembiayaan suami saya,” demikian menurut kapsyen  tersebut.

Tambah wanita itu, dia tidak bermaksud untuk mengemis, namun keadaan yang terdesak memaksanya bertindak menjual ginjal miliknya.

“Maaf, saya bukan mengemis. Namun, sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana saya perlu mengubati suami,” katanya.

Rakaman seterusnya memaparkan lelaki dipercayai suami  wanita berkenaan yang kelihatan kurus dan seperti sukar untuk berkomunikasi.

Setakat ini, tiada penjelasan mengenai penyakit yang dihidapi lelaki berkenaan.

Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Inilah bukti cinta sejati. Jarang ada wanita berkorban begini demi seorang lelaki,” kata seorang netizen.

“Jangan jual ginjal, kak kerana bahaya buat kamu. Nanti akan tambah masalah baharu, kamu pula akan sakit,” kata seorang lagi  netizen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI