fbpx

Sanggup seludup beras Siam dengan upah RM10 sekampit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Proton Iswara yang sarat dengan muatan 1.1 tan beras ditahan semasa melalui SJR Banggol Kong, Rantau Panjang semalam. /FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sebanyak 2.3 tan beras Siam dalam dua rampasan berasingan di sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong di sini dan Kampung Teluk Jering dekat Tumpat semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi, tangkapan pertama melibatkan rampasan sebanyak 1.2 tan beras selepas sebuah kereta jenis Proton Iswara terbabas di Kampung Teluk Jering kira-kira pukul 3 petang.

Menurutnya, suspek yang memandu kereta itu pada awalnya cuba meloloskan diri sebelum kereta dipandunya terbabas di kawasan kampung tersebut.

“Suspek bagaimanapun sempat melarikan diri selepas kejadian itu. Pemeriksaan di dalam kereta itu mendapati ia sarat dengan beras seludup bernilai RM4,800 yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang penumpang dan bonet.

“Tangkapan kedua pula melibatkan beras Siam seberat 1.1 tan bernilai RM4,500 yang dirampas di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga melalui SJR Banggol Kong di sini kira-kira pukul 4.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azhari, lelaki itu juga membawa sebanyak 225 kilogram beras pulut seludup yang dianggarkan bernilai RM1,575.

Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek menerima upah sebanyak RM10 bagi setiap satu kampit beras seludup yang dibawanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI