fbpx

Mora resah tahap kecergasan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT terpaksa mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari menyebabkan para pemain berdepan sedikit isu kepenatan. – JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak dapat memberi jaminan bahawa pasukan akan berada di tahap 100 peratus ketika berentap dengan Kawasaki Frontale dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam ini.

Menurut Mora, ini kerana tahap kecergasan pemain me­nunjukkan penurunan setelah bermain tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari dan hanya mempunyai dua hari rehat sebelum bertemu juara Liga 1 Jepun itu buat kali kedua.

Bagaimanapun katanya, Harimau Selatan akan tetap memberi saingan sengit bagi memastikan kelab nombor satu Asia itu terus kempunan untuk mengutip tiga mata pada itu.

“Setelah melalui pertemuan sengit menentang Kawasaki Frontale sebelum ini, tahap kecergasan pemain menjadi persoa­lan, malah tempoh pemulihan selama dua hari juga tidak mencukupi.

“Lebih-lebih lagi apabila kami menurunkan pemain yang sama pada setiap perlawanan. Jadi, ada kemungkinan mereka tidak dapat beraksi di tahap terbaik, namun tetap bersemangat untuk diturunkan pada perlawanan itu.

“Saya menjangkakan Kawasaki Frontale akan cuba menebus kekecewaan setelah gagal me­ngutip tiga mata dan akan tampil dengan corak permainan yang lebih agresif, apapun kita sudah bersedia bagi menghalang mereka,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Sementara itu, penjaga gol, Farizal Marlias berharap benteng pertahanan ampuh JDT akan te­rus memperagakan aksi terbaik sekiranya ingin mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat kumpulan.

“Kita perlu mengharungi 90 minit perlawanan yang sengit, saya berharap momentum corak permainan yang mantap ketika aksi pertama dikekalkan, malah saya percaya rakan sepasukan sepakat untuk pamer aksi terbaik,” kata Farizal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI