fbpx

Kerani maut dengan kesan kelar tangan dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Forensik sedang melakukan pemeriksaan ke atas mayat mangsa di Jalan Besar Felda Menggong Hutan Percha, semalam.

ALOR GAJAH – Mayat seorang wanita ditemui di dalam sebuah kereta dengan empat kesan kelar di tangan dalam kejadian di Jalan Besar Felda Menggong Hutan Percha, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mayat wanita berusia 45 tahun itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira pukul 1.30 petang.

“Kita menerima panggilan daripada orang awam mendakwa terdapat mayat dalam sebuah kereta jenis Perodua Kenari.

“Pasukan polis telah ke lokasi dan pemeriksaan menjumpai mayat seorang wanita dengan kesan kelar di tangan bersama-sama sebilah parang berhampirannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI