fbpx

Jangan terpedaya iklan taubat RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) menyampaikan sumbangan Inspirasi Qaseh Ramadan dan Aidilfitri kepada salah seorang penerima di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering, Taiping semalam.

BUKIT GANTANG – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diminta menyiasat pakej promosi taubat RM20 yang ditawarkan melalui sebaran poster kepada orang ramai di media sosial baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, siasatan segera perlu dilakukan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam perkara itu.

“Ini perkara serius kerana boleh merosakkan akidah umat islam di negara ini.

“Siasatan perlu segera dilakukan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam modus operandi tersebut,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Inspirasi Qaseh Ramadan dan Aidilfitri 1443 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Sungai Petai, Changkat Jering di sini semalam.

Mengulas lanjut isu tersebut, beliau menasihatkan orang ramai khususnya umat Islam agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran seumpama itu.

“Nak mohon taubat atas apa sahaja dosa yang telah kita lakukan, mohon dan berdoalah kepada Allah SWT.

“Agama Islam telah mengajar kita cara untuk melakukan taubat nasuha dan taubat itu kena dilakukan sendiri dan bukannya sebagaimana yang dicanang oleh pihak itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI