fbpx

Indonesia umum larangan eksport minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk membeli minyak masak menerusi program operasi pasar minyak masak di Kalimantan Selatan. - CNBC Indonesia

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mengisytiharkan larangan eksport bahan mentah yang digunakan untuk  menghasilkan minyak masak dan minyak masak bermula 28 April ini sehingga diberitahu kelak, lapor laman berita Kompas kelmarin.

Pengumuman itu dibuat selepas Indonesia berdepan kekurangan serius bekalan minyak masak sejak awal tahun ini.

“Hari ini (Jumaat) saya telah mempengerusikan mesyuarat mengenai keperluan rakyat dan ketersediaan bekalan minyak masak dalam negara.

“Berdasarkan maklumat yang dibentangkan kepada saya,  maka dengan ini saya mengambil keputusan bahawa pemerintah akan menangguhkan eksport bahan mentah bagi menghasilkan minyak masak dan minyak masak bermula 28 April ini hingga tarikh yang diberitahu kelak,” katanya.

Tambah Jokowi, beliau akan terus memantau dan menilai larangan tersebut  dari semasa ke semasa.

Langkah itu dilaksanakan  bagi memastikan bekalan minyak masak kembali pulih di pasaran tempatan dengan harga yang berpatutan.

Menurut Jokowi, harga jualan minyak masak di pasaran antarabangsa sangat tinggi maka peniaga cenderung mengeksport minyak ke luar negara berbanding menjualnya di pasaran domestik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI