fbpx

Hujan lebat hampir di semua negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang berlaku di hampir semua negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat adalah keseluruhan negeri Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa kawasan di Sabah serta Sarawak.

“Hujan lebat juga dijangka berlaku di Kedah melibatkan sekitar Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim serta Bandar Baharu manakala di cuaca buruk bakal melanda keseluruhan negeri Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

“Selain itu, cuaca yang sama bakal melanda negeri Perak di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, cuaca buruk dijangka berlaku di Selangor termasuk Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang manakala di Negeri Sembilan pula melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Jelasnya, kawasan Pantai Timur yang terlibat adalah Terengganu di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Kuala Krai.

Sementara itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Pahang melibatkan sekitar Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Dalam pada itu, di Sabah pula cuaca buruk bakal melanda di Pedalaman termasuk Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan manakala Pantai Barat pula sekitar Tuaran, Tawau (Lahad Datu) serta Sandakan dan Kudat

“Di Sarawak pula, kawasan terlibat adalah Kuching, Samarahan (Asajaya), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit, Bintulu, Miri (Subis dan Miri) serta Limbang,” ujarnya lagi.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI